Eddy Chew terus mempamerkan peningkatan empat bulan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila berjaya mengetepikan Johnathan Wong dalam acara 10 meter air pistol dalam Kejohanan Trofi Presiden Ally Ong 2017, hari ini.
Biarpun ketinggalan di tempat keempat dalam 10 tembakan pertama, penembak yang mewakili Johor itu berjaya bangkit dalam baki 14 tembakan terakhir.
Dia mencatat 237.3 mata secara keseluruhan, 3.4 mata melebihi pungutan Johnathan sementara Choo Wen Yan meraih pingat gangsa.
Menurut Eddy, dia berharap kejayaan ini bakal mengukuhkan peluangnya berada dalam senarai akhir Sukan SEA untuk acara 10 meter air pistol.
"Saya berpuas hati dengan persembahan hari ini biarpun tidak bermula dengan baik.
"Namun, saya berjaya menampung kesilapan itu dalam 20 tembakan terakhir sehingga berjaya meraih emas.
"Saya perlu meneruskan mentaliti dan komitmen dalam sesi latihan bagi memastikan berada dalam senarai Sukan SEA," katanya.
Bagi Johnathan, dia menyalahkan diri sendiri kerana bermula kurang baik dalam tembakan awal yang menyebabkan dia gagal mengatasi Eddy.
"Banyak lagi yang boleh dipertingkatkan.
"Banyak kekurangan dalam aksi permulaan saya. Kalau dilihat, lima siri tembakan pertama dan kedua saya tidak berapa menjadi.
"Saya banyak kehilangan mata di situ, walaupun ia sepatutnya menjadi markah mudah buat saya.
"Mungkin juga disebabkan saya belum mendapat rentak ketika itu," kata atlet yang beraksi dalam Sukan Olimpik Rio itu.