Skip to main content

Menembak

Sukan SEA: Empat atlet menembak diserap ke Program Kita Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

100317-penembak-negara-ezuan-nasir-khan.jpg
Pengurus skuad menembak negara, Datuk Sabiamad Abdul Ahad, mengesahkan empat penembak yang digugurkan daripada Program Podium sebelum ini akan diserapkan ke Program Kita Juara sempena menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini. 

Empat penembak terbabit ialah Nur Suryani Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Muslifah Zulkifli dan Ezuan Nasir Khan. 

Mereka dikeluarkan daripada Program Podium berikutan gagal mempamerkan prestasi memuaskan dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Begitupun, keempat-empat penembak itu masih mendapat sokongan Majlis Sukan Negara (MSN), selepas kata putus dicapai dalam mesyuarat khas bersama Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM). 

"Saya selaku pengurus dalam hal ini mendapati satu keputusan yang memuaskan telah dicapai.

"Empat penembak ini akan menyertai fasa ketiga Program Kita Juara tidak lama lagi," ujarnya. 

Ini bermakn, atlet terbabit tidak akan berlatih secara bersendirian atau menggunakan peralatan senjata sendiri kerana masih mendapat keistimewaan yang hampir sama seperti Program Podium. 

Cuma, mereka kini di bawah tunjuk ajar jurulatih baru dari Korea Selatan. 

Ujian pertama keempat-empat atlet itu untuk kembali mendapat kepercayaan semua pihak adalah menerusi Kejohanan Trofi Tun Hanif di Lapang Sasar Subang, 15 Mac ini. 

Advertisement

Must Watch Video