KL2017
Sukan SEA: Elmi jadi sandaran skuad BMX
Pelumba senior, Muhammad Elmi Jumari, akan mengetuai skuad BMX negara menamatkan penantian enam tahun untuk meraih pingat Sukan SEA dengan Malaysia menurunkan tiga lagi pelumba bertaraf bukan pilihan.
Elmi adalah antara pelumba basikal paling versatil di Malaysia. Dia sudah beraksi dalam acara trek, lebuhraya dan terkini, mengetuai skuad BMX mencabar Sukan SEA, bulan depan.
Lebih menarik, tugas kali ini cukup mencabar kerana Malaysia belum pernah meraih pingat sejak BMX dipertandingkan dalam Sukan SEA Indonesia 2011 dan Myanmar 2013.
"Saya menyedari saya memikul tanggungjawab yang berat dalam Sukan SEA kali ini, tetapi saya akan menggunakan setiap pengalaman sebelum ini dan memastikan emas milik negara," katanya.
Empat tahun lalu, pingat emas acara lelaki menjadi milik pelumba Filipina, Daniel Caluag, sementara emas wanita diraih Elga Kharisma Novanda dari Indonesia.
Kali ini, dua emas dikekalkan di Trek BMX Velodrom Nasional dengan Malaysia turut meletakkan harapan di bahu pelumba wanita.
"Memandangkan ini merupakan Sukan SEA yang pertama, kami sudah mula menyesuaikan diri dengan litar ini, kami mampu mencipta kejayaan," kata pelumba wanita negara, Ariana Nur Minda Arifin.