Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Dilema libatkan 18 pelajar bakal duduki SPM selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan dilema yang dihadapi seramai 18 atlet negara yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November dan Disember ini telah pun diselesaikan.

Hannah turut berkongsikan sesi peperiksaan mereka akan dialihkan selepas tamat perjuangan di temasya Sukan SEA Thailand nanti.

Perkara itu dipersetujui bersama antara KBS, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Majlis Sukan Negara yang juga bakal menjadi pusat khas untuk atlet-atlet ini menduduki peperiksaan kelak.

"Sukan SEA akan berlangsung di Thailand pada Disember dan setakat ini terdapat 17 calon untuk sekolah Kerajaan dan seorang persendirian.

"MSN telab berbincang untuk selesaikan jadual dimana mereka akan bertanding terlebih dahulu kemudian hadir di MSN dan jalankan ujian SPM untuk mereka.

"Untuk calon persendirian, KPM mahu mereka kemukakan permohonan persendirian untuk penyelarasan.

"KBS akan membantu mereka kerana pergi bertanding harum nama Malaysia." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video