Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, kekal berpijak di bumi nyata di sebalik pelbagai tajaan korporat dan tumpuan media dalam memastikan impian menawan Sukan SEA Kuala Lumpur menjadi kenyataan.
Terkini, Hafiz diangkat menjadi sebahagian daripada keluarga sukan 100 PLUS sebagai duta, sebaris dengan Datuk Lee Chong Wei.
Ia suntikan semangat terbaik menjelang kempen KL2017 yang memerlukan Khairul Hafiz untuk melalui pelbagai senario.
Bukan sahaja elemen cuaca, malah kemungkin untuk dia beraksi dalam acara 4x400 meter andai khidmatnya diperlukan.
"Acara yang membabitkan saya ada yang berlangsung pada sebelah petang, iaitu saingan separuh akhir, disusuli perlumbaan akhir akan berlangsung pada waktu malam, hari yang sama.
"Saya perlu menyesuaikan diri dengan cuaca petang dan malam.
"Kalau diminta untuk berlari dalam acara 4x400m sekalipun, saya tetap akan mengambil bahagian kerana ia mampu meniupkan semangat kepada rakan sepasukan.
"Saya tiada masalah.
"Selepas diberi kepercayaan oleh jurulatih dan rakyat Malaysia, kalau ada rezeki saya akan berlari dalam 4x400m," ujarnya selepas diumumkan sebagai duta selepas acara Larian Obor KL2017 100 PLUS di Shah Alam, hari ini.
Di sebalik tumpuan menyeluruh terhadapnya sejak kebelakangan ini, Khairul Hafiz tidak membenarkan faktor luaran mengganggu persiapannya.
"Ini suntikan semangat kepada saya di atas kurniaan rezeki yang tuhan berikan."
Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Bhd, Lim Yew Hoe, yakin Khairul Hafiz bukan sahaja menyasarkan pingat emas, malah untuk memecah rekod kebangsaan.
"Dia menjelaskan kepada saya bahawa perlumbaan di halaman sendiri meningkatkan lagi keazamannya, bukan sebaliknya.
"Saya memuji sikapnya yang boleh dianggap sebagai contoh kepada masyarakat," ujarnya.