Pengendali skuad futsal kebangsaan, Chew Chun Yong, mengharapkan tonggak senior menjelmakan aksi ampuh apabila berdepan Mongolia dalam aksi persahabatan menjelang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Aksi persahabatan dengan Mongolia adalah persiapan terakhir skuad negara sebelum memulakan saingan dalam Sukan SEA.
Kerana itu, Chun Yong mengharapkan tonggak senior seperti Firdaus Razali dan Mohd Khairul Efendy Bahrin, mampu memainkan peranan memastikan aksi ampuh pasukan.
"Mereka perlu mempamerkan prestasi yang terbaik daripada pemain-pemain berpengalaman dalam Sukan SEA nanti. Selain itu, kami mahu menilai daripada aspek taktikal ketika menyerang dan bertahan," katanya.
Dalam pada itu, Chun Yong tidak menolak kemungkinan pemain pivot negara, Saiful Nizam Ali, tersisih daripada saingan Sukan SEA kerana kecederaan.
Chun Yong akan memantau tahap kecergasan pemain dari Melaka itu dan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada akan memanggil pemain lain sebagai pengganti atau tidak.
"Proses pemulihan Saiful masih lagi belum berada di tahap yang terbaik. Tetapi kami akan terus menilai keadaannya sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pemain gantian."
Malaysia bakal membuka tirai saingan pada 18 Ogos berdepan Myanmar.