BOLA KERANJANG

Sukan SEA: Cheng Huat mahu skuad bola keranjang lelaki sasar lebih tinggi

Astro Arena 17/05/2017 | 05:39 MYT
Ketua jurulatih skuad bola keranjang lelaki, Goh Cheng Huat, mahu sasaran pingat gangsa dalam Sukan SEA mampu diubah kepada pencapaian yang lebih baik merujuk kepada kelebihan
beraksi selaku pasukan tuan rumah.
Sasaran buat skuad bola keranjang negara dalam Sukan SEA adalah sekurang-kurangnya pingat gangsa, namun Cheng Huat membayangkan anak buahnya mampu mencetus keputusan yang lebih baik nanti.
Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, Cheng Huat mengharapkan anak buahnya lebih bijak menguasai gelanggang.
Kelibat pemain muda dan lama juga dijadikan sebagai kekuatan rahsia skuad negara kali ini.
"Mereka telah menjangkakan pingat gangsa dapat diraih oleh skuad bola keranjang lelaki negara, saya akan memastikan Malaysia mampu meraih lebih daripada sasaran yang telah diletakkan kepada kami.
"Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain-pemain saya dan berharap mereka mampu melakukan yang terbaik," kata Cheng Huat.
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) kelmarin turut melancarkan gimnasium kecergasan mereka bagi memudahkan latihan kecergasan skuad kebangsaan selain turutmembuka kemudahan itu buat orang ramai.
;