Jurulatih luncur ais negara, Tan Bee Leng, mengharapkan Stadium Ais Empire City dapat digunakan dengan kadar segera selepas berdepan kekangan terpaksa berlatih dikelilingi orang awam di pusat latihan sementara di IOI City Mall.
Skuad luncur ais terpaksa berkongsi tempat latihan dengan kehadiran orang awam di IOI City Mall bagi memenuhi pelan latihan pada sebelah pagi dan malam.
Kesukaran itu lebih ketara jika membabitkan acara short track speed, di mana ia memerlukan ruang yang lebih besar untuk menjalani latihan.
Bee Leng mengharapkan Stadium Ais Nasional segera siap bagi memudahkan anak buahnya menjalani latihan untuk baki masa yang tinggal bagi persediaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Kami terpaksa berebut dengan orang ramai di IOI City Mall setiap kali sesi latihan. Jadi, keadaan itu agak sukar.
"Atlet short track speed langsung tidak boleh meneruskan sesi latihan kerana ia akan membahayakan atlet dan orang lain. Jadi, kami mengharapkan Stadium Ais Nasional ini akan siap secepat mungkin," jelas Bee Leng.
Lawatan ke stadium pada Ahad membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali, berpuas hati dengan teknologi digunakan dan memberi bayangan fasiliti tersebut boleh digunakan selewat-lewatnya 19 Jun ini.
"Lapisan ais pertama akan disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga hari ini. Insya-Allah atlet negara boleh menyambung sesi latihan mereka Isnin ini," jelas Lokman.
Sementara itu, atlet figure skating, Aneeta Linggam, sanggup mengorbankan waktu pembelajarannya demi menjalani latihan pada sebelah pagi sebagai persediaan ke Kuala Lumpur 2017.
Dengan pengorbanan yang dilakukannya, dia berharap mampu jadi penyumbang pingat emas buat negara, sekaligus melunaskan sasaran dua emas yang disuarakan Persatuan Luncur Ais Malaysia.
"Apa yang saya perlu lakukan ketika ini adalah untuk menghargai segala apa yang telah dianugerahkan kepada saya. Jadi, saya perlu meneruskan latihan sebaik mungkin bagi memastikan diri saya terus berada di tahap tertinggi," jelasnya.
Aneeta bakal berlepas ke Amerika Syarikat selepas selesai peperiksaan persekolahannya minggu depan bagi menjalani latihan selama sebulan di sana.