Kurang 30 hari sahaja lagi Sukan SEA akan membuka tirainya dan debaran sudah mula dirasai, dengan atlet negara kini berada dalam persiapan akhir.
Sekalipun melewati persediaan terbaik mereka untuk temasya itu tetapi sebagai atlet, beraksi di laman sendiri memberikan tekanan lebih tinggi.
Beberapa atlet negara berkongsi rasa ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di perkarangan Arena Axiata, semalam.
"Ada sedikit gementar sebab temasya makin dekat tetapi pada masa sama, saya teruja sebab ini kali pertama saya bertanding di Malaysia untuk Sukan SEA.
"Saya rasa ini peluang yang bagus untuk membuktikan kepada rakyat bahawa sukan menembak adalah satu sukan yang hebat juga di Malaysia," kata penembak negara, Johnathan Wong.
Sementara itu, pelumba basikal negara, Jupha Somnet, berkata: "Saya sudah bersedia sebab sebelum ini saya telah berlatih di Melbourne selama sebulan dua. Sekarang ini tidak perlumbaan kerana menumpukan perhatian kepada persiapan akhir."
Seorang lagi atlet menembak, Muhamad Zubair Mohammad, berkata: "Kita nampak persiapan yang sangat baik untuk Sukan SEA. Kita ada lagi 30 hari, semua orang sangat teruja dan ini adalah penampilan pertama saya dalam temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur."
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, melalui kementeriannya telah membuat 8,000 jemputan yang terdiri daripada atlet, persatuan sukan, persatuan belia dan juga penaja sukan.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menggambarkan suasana malam sepanjang saingan Sukan SEA nanti.