Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Afiq Huznie tekad tawan Velodrom Nasional

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

basikal-kejar-mengejar-berpasukan-030817.jpg
Pelumba trek negara, Muhamad Afiq Huznie Othman, menggalas dua tugas penting dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur, iaitu demi Malaysia dan nama keluarga. 

Afiq adalah adik kepada Adiq Husainie Othman yang meraih emas acara kejar-mengejar berpasukan lelaki dalam Sukan SEA Indonesia 2011. 

Kali ini, dia meneruskan legasi abangnya dalam acara sama ketika skuad trek negara mahu membolot kesemua 13 emas yang dipertandingkan di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. 

Sehubungan itu, emas acara itu cukup penting buat Afiq. 

"Insya-Allah pingat emas Sukan SEA pada tahun ini akan menjadi milik kami.

"Saya akan membuktikan kepada keluarga dan membanggakan mereka selain mencontohi abang saya, Adiq Husainie," katanya. 

Kali ini, Adiq akan beraksi dalam acara lebuh raya sementara Afiq di trek. 

Sesi simulasi di Veloddrom Nasional hari ini menyaksikan kuartet negara mencatat masa 4 minit 13.002 saat, 0.5 saat menghampiri rekod kebangsaan. 

Ia petanda positif untuk skuad negara mempertahankan emas acara itu selepas kuartet itu menjuarai Piala Taiwan dan Piala Asia di Thailand, tahun ini. 

Advertisement

Must Watch Video