Tonggak pertahanan futsal negara, Abu Haniffah Hassan, bertekad memastikan aksi lebih konsisten di bahagian benteng dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bermula dengan aksi pertama berdepan Myanmar, Jumaat ini.
Bagi pemain kelahiran Melaka ini, skuad negara perlu tampil konsisten dalam setiap perlawanan memandangkan acara futsal Sukan SEA kali ini hanya membabitkan lima pasukan.
Abu Haniffah mengakui pengendali skuad futsal kebangsaan, Chew Chun Yong, turut memberi penekanan dalam aspek pertahanan pasukan.
"Secara mental dan fizikal, kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik. Kami hanya menantikan arahan daripada jurulatih untuk memilih pemain yang bakal diturunkan beraksi," kata Abu Haniffah.
Sementara itu, Chun Yong kini sudah mendapat lakaran awal barisan pemain utama untuk aksi pembukaan berdepan Myanmarselepas menguji barisan kendaliannya dalam dua aksi persahabatan dengan Mongolia, hujung minggu lalu.