SUKAN LAIN
Sukan SEA 2027: Sabah negeri terbaru tawar diri jadi tuan rumah
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub, mengesahkan Sabah muncul negeri terbaru yang berminat untuk bertindak selaku hos bersama Sukan SEA 2027 selepas Sarawak dan Pulau Pinang menyatakan hasrat yang sama.
"Persetujuannya belum tentu lagi. Kami sedang segala bentuk maklumat dan perincian agar dapat dipertimbangkan oleh jemaah menteri, sama ada kos, jenis sukan dan di mana diadakan.
"Kami sedang sediakan dan diangkat dalam mesyuarat jemaah. Setakat ini, Pulau Pinang sementara Sarawak pula sudah pasti dan yang terbaru, Sabah," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Iklan
Rashid turut menjangkakan akan ada maklum balas daripada negeri-negeri lain minggu ini selepas tarikh akhir pelawaan yang sepatutnya berakhir Jumaat lalu dilanjutkan.
"Pada minggu ini, urusetia sedang mendapatkan kemas kini daripada negeri-negeri," katanya lagi.
Jika kerajaan bersetuju menganjurkan Sukan SEA 2027, ia bakal menjadi penganjuran kali ketujuh Malaysia bagi temasya dwi-tahunan itu dengan kali terakhir pada 2017.
Must-Watch Video