Sukan Sea 2027: Malaysia rugi jika gugurkan bina badan
Adli Aidy
November 13, 2024 19:35 MYT
November 13, 2024 19:35 MYT
Legenda bina badan negara, Datuk Malek Noor, menegaskan bahawa ia satu kerugian buat kontinjen Malaysia jika sukan bina badan tidak dipertandingkan di temasya Sukan SEA 2027 dengan Malaysia selaku tuan rumah.
Untuk rekod, kali terakhir sukan bina badan disenaraikan pada Sukan Sea Vietnam tiga tahun lalu. Atlet berusia 70 tahun itu kecewa acara tersebut tidak disenarai dalam Sukan SEA Thailand pada 7 hingga 19 Disember tahun hadapan.
Malaysia baru berjaya menuai tiga pingat emas di Maldives sempena Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Dunia melalui Zamrul Al Adam, Ahmad Faiz Ariffin serta Philomena Dexclyn Siar.
"Malaysia wajib senaraikan sukan bina badan dalam temasya Sukan SEA 2027 kerana potensi kekuatan kita di dalam sukan bina badan amat kukuh, ramai generasi muda yang berbakat."
"Disiplin dan dedikasi atlet bina badan amatlah penting untuk terus menuju kejayaan." kata Datuk Malek Noor
Legenda bina badan itu turut memaklumkan bakal ada Kejohanan Bina Badan Malek Noor Klasik akan diperkenalkan pada tahun hadapan.