SEPAK TAKRAW
Sukan SEA 2025: Tiga acara sandaran pingat emas sepak takraw -- Ahmad Jais
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menyambut baik penganjuran lima acara bagi kategori lelaki dan wanita dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Baginya, misi dan fokus skuad utama negara kini terarah kepada tiga acara tumpuan bagi meraih pingat emas, iaitu regu, regu berpasukan dan kuadran.
Selain itu, Ahmad Jais turut berharap agar Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan menghantar skuad pelapis dalam acara gelung dan chinlone bagu mendapatkan pendedahan awal.
Iklan
"Saya secara peribadi melihat acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2025 nanti, kami akan fokus kepada tiga acara utama, iaitu regu, berpasukan dan kuadran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Bagai acara pilihan (gelung dan chinlone) yang dipertandingkan untuk edisi ini, saya akan menunggu respons daripada PSM terlebih dahulu kerana ia tidak konsisten setiap kali Sukan SEA.
"Bagi peluang meraih pingat emas, kami akan fokus kepada tiga acara utama seperti yang saya katakan.
"Kami akan fokus kepada tiga acara ini kerana kita sudah lama tidak memenangi pingat emas Sukan SEA," katanya.
Must-Watch Video