SEPAK TAKRAW
Sukan SEA 2025: PSM kecewa sepak takraw doubles tidak dipertandingkan
Saya tidak pasti tiada acara itu kerana dominasi Malaysia atau apa, kata Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, yang kesal apabila melihat acara doubles sekali lagi tidak dipertanding dalam Sukan SEA 2025.
"Agak kecewa kerana tidak pasti acara itu tidak dimainkan mengikut kesesuaian atau melihat keadaan Malaysia menang atau kalah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tetapi tidak mengapa, saya ikut apa yang ada dalam peringkat antarabangsa walaupun tidak ada acara itu tetapi kami akan tetap mencuba untuk membuat persiapan yang bersungguh-sungguh dalam quadran," katanya.
Umum mengetahui Malaysia mengungguli penguasaan acara doubles dalam saingan Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mei lalu.
PSM bagaimanapun menegaskan terdapat tumpuan khusus bagi acara quadran yang semakin mendapat tempat dalam cabaran peringkat antarabangsa.