SEPAK TAKRAW
Sukan SEA 2025: PSM kecewa sepak takraw doubles tidak dipertandingkan
Saya tidak pasti tiada acara itu kerana dominasi Malaysia atau apa, kata Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, yang kesal apabila melihat acara doubles sekali lagi tidak dipertanding dalam Sukan SEA 2025.
"Agak kecewa kerana tidak pasti acara itu tidak dimainkan mengikut kesesuaian atau melihat keadaan Malaysia menang atau kalah.
TAKRAW : Sekali lg acara ‘double’ tiada dalam senarai pertandingan yang melibatkan Thailand sebagai pasukan tuan rumah.Presiden PSM, Datuk Sumali mahu acara quadron di perkasakan menjelang Sukan Sea Thailand 2025@ASTROARENA pic.twitter.com/gPdz47pW0z— FinaNasrom (@fnasrom) October 28, 2024
Iklan
"Tetapi tidak mengapa, saya ikut apa yang ada dalam peringkat antarabangsa walaupun tidak ada acara itu tetapi kami akan tetap mencuba untuk membuat persiapan yang bersungguh-sungguh dalam quadran," katanya.
Umum mengetahui Malaysia mengungguli penguasaan acara doubles dalam saingan Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mei lalu.
PSM bagaimanapun menegaskan terdapat tumpuan khusus bagi acara quadran yang semakin mendapat tempat dalam cabaran peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video