Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA 2025 medan Firdaus cipta 'double treble'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ander-anura-anuar.jpg
Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini merupakan pentas bersejarah buat jurulatih lompat jauh dan lompat kijang negara, Ahmad Firdaus Salim, yang berpeluang untuk mencipta rekod 'double treble' bersama Andre Anura Anuar.

Ini kerana, Andre Anura sudah memiliki koleksi dua emas lompat kijang di temasya dwitahunan itu dan Firdaus Salim optimis untuk menoktahkan kejuaraan hatrik sekaligus melebarkan dominasi Andre di pentas Asia Tenggara.

Terdahulu, di awal karier kejurulatihan, Firdaus Salim turut membimbing Muhammad Hakimi Ismail merekodkan hatrik emas Sukan SEA dalam acara yang sama daripada tempoh 2015 sehingga 2019.

Meskipun, Andre Anura masih belum layak secara merit ke Sukan SEA Thailand namun senario itu sedikit pun tidak menggusarkan Firdaus Salim sebaliknya mengambil pendekatan ke belakang dan mempertaruh teknik larian dan lompatan yang lama.

Difahamkan, langkah itu diambil selepas andre tidak mampu melepasi jarak sejauh 16 meter sejak dua tahun lalu — dengan masa berbaki enam bulan menuju Sukan SEA — Andre kembali mencari keserasian ritma larian yang lama berbanding teknik baru.

"Untuk atlet seperti Andre ini, ia bukannya untuk kelayakan ke Sukan Sea tetapi lebih kepada mahu mengekalkan kejuaraannya di kejohanan itu" katanya menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video