Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA 2025: ASTAF kecewa penganjur belum sahkan venue

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-thailand-sukan-sea.jpg
Berbaki 123 hari ke Sukan SEA Tthailand yang akan membuka tirainya 9 Disember ini, Presiden  Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Halim Kader, kecewa kerana pihak penganjur belum mengesahkan venue buat acara sepak takraw.

Pada mulanya, venue takraw dikatakan bertempat di Bangkok ataupun Nakhon Pathom. 

Pihak ASTAF pula membuat tinjauan dan memilih venue di Nakhon Pathom yang dalam keadaan terbaik dan sempurna namun perjalanan daripada ibu negara ke Nakhon Pathom mengambil masa lebih kurang dua jam.

Bagaimana pun pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Thailand memaklumkan bahawa mereka hanya akan menentukan venue takraw hari ini.

Halim turut berkongsi ASTAF sedia memberikan bantuan agar meringankan beban tuan rumah, selepas venue acara sepak takraw ditentukan. 
 

Advertisement

Must Watch Video