Pengurus skuad hoki ais negara, Ir Noor Hisham Yahya, berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat meluluskan permohonan dana bagi skuad itu menjalani latihan di luar negara dalam memantapkan persediaan menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Noor Hisham berkata Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000 untuk membolehkan skuad hoki ais negara menyertai latihan pendedahan dan pertandingan di luar negara memandangkan sebahagian besar pemain sedia ada berusia dalam lingkungan 16 hingga 23 tahun.
"Jadi, mereka perlukan lebih pendedahan dan kalau kita tengok di Malaysia, pendedahan kurang dan mereka perlu pergi ke luar negara.
"Sebagai persediaan ke Sukan SEA 2019, kami merancang untuk mengadakan latihan pendedahan sama ada di Jepun atau Korea Selatan, cuma kami sedang berbincang dengan MSN untuk melihat daripada segi kewangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam Kejohanan Hoki Asia Piala Cabaran Asia Divisyen Utama 2019 di Stadium Ski Ais Malaysia di Empire City, malam tadi.
Beliau menegaskan latihan pendedahan berkenaan sedikit-sebanyak dapat mencerahkan peluang skuad hoki ais negara untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA 2019.
Untuk rekod, Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara hoki ais yang dipertandingkan buat julung kalinya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Berkongsi pandangan sama adalah jurulatih skuad hoki ais negara, Andy Chang Yew Ming, yang memaklumkan skuad hoki ais negara memerlukan banyak pendedahan di luar negara bagi memberi saingan kepada negara ASEAN lain, khususnya juara bertahan Sukan SEA, Filipina, dan Indonesia.
Beliau mendedahkan skuad hoki ais negara akan menyertai latihan pendedahan selama sebulan, sama ada di Jepun atau Korea Selatan pada September atau Oktober depan tetapi ia bergantung kepada dana daripada MSN.
Dalam pada itu, Chang masih percaya anak didiknya mampu pergi jauh dalam kejohanan berkenaan walaupun tewas 4-7 kepada Filipina dalam aksi ketiga Kumpulan A kejohanan tahunan berkenaan, malam tadi.
Untuk rekod, Malaysia menewaskan Singapura 6-2 dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu tetapi tewas 5-9 kepada juara bertahan, Mongolia, dalam aksi kedua, berselang dua hari.
Edisi ke-12 kejohanan berkenaan disertai tujuh negara yang terdiri daripada Mongolia, Filipina, Singapura, Indonesia, Macau, Oman dan Malaysia selaku tuan rumah.
-- BERNAMA
Kredit imej: Malaysia Ice Hockey Federation (MIHF)