Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib, kecewa dengan prestasinya dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATP) 2019 apabila terkandas dalam separuh akhir acara 200 meter biarpun di landasan tepat untuk merampas pingat emas Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Russel gagal menepati ramalan di Doha, Qatar, apabila mencatat 21.75 saat dalam separuh akhir.
Ia jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 20.77s, yang dilakukan bulan lalu.
Realitinya, dia masih lagi pelari terpantas 200m musim ini dengan pencabar terdekatnya, Trenten Beram dari Filipina membuat catatan 20.92s.
"Peluang beraksi di sana bagus memandangkan ia kejohanan peringkat antarabangsa buat saya.
"Dapat mara ke separuh akhir adalah pencapaian yang bagus dan saya perlu bersikap positif.
"Saya cuma perlu mencapai catatan terbaik saya dengan lebih kerap lagi dan ia boleh memacu motivasi saya selepas ini," ujar Russel yang akan pulang ke Queensland, Australia, Ahad ini.
Dia mempunyai dua lagi tugas penting, iaitu Sukan Universiti Dunia di Napoli, Itali, Julai depan dan disusuli Sukan SEA Filipina.
"Kami sudah mempunyai perancangan memandangkan saya sudah layak ke Sukan SEA.
"Kini saya boleh fokus terhadap persiapan," katanya lagi.
Skuad negara tiba ke tanah air tanpa sebarang pingat daripada Kejohanan Asia dengan pencapaian terbaik negara dilakar menerusi jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, yang menduduki tangga keempat dengan ketinggian 2.26m.