Status juara dunia dan senior dalam pasukan tidak menawarkan sebarang kelebihan buat atlet wusyu negara, Wong Weng Son, yang terpaksa melalui sesi pemilihan bersama rakan sepelatih yang lain untuk mewakili negara dalam Sukan SEA Filipina, dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Weng Son kini merupakan atlet paling senior dalam pasukan setelah Loh Jack Chang dan Diana Bong mengumumkan persaraan, awal Januari lalu.
Namun, sejak membuat penampilan pertama dalam edisi 2013 di Naypyitaw, Myanmar, Weng Son gagal meraih emas, termasuk ketika bertanding di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Justeru, dia mengharapkan dapat membuat penampilan keempatnya dalam temasya sukan dwitahunan itu, namun ia tidak mudah seperti yang disangkakan apabila masih perlu menjalani sesi pemilihan.
"Proses pemilihan merupakan langkah yang baik.
"Kami ada atlet pelapis yang bagus dan mereka mungkin memiliki kemahiran yang lebih baik daripada saya.
"Saya akan dapat berikan aksi terbaik bagi memastikan proses pemilihan ini berlangsung dengan adil," katanya.
Bagaimanapun, Weng Son yakin dia akan dapat meyakinkan barisan kejurulatihan berdasarkan prestasinya dalam sesi latihan, apatah lagi dia merupakan sandaran dalam acara jianshu di samping rakan sepasukan, Yap Wai Kin.
"Saya masih belajar untuk bertindak selaku seorang ketua.
"Di bawah Jack Chang, saya berasa bangga dan saya belajar daripadanya untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih baik," katanya.