Sukan permotoran masih tidak dibenarkan -- MKN

Ammar Hakim
November 27, 2020 19:18 MYT
'Sukan permotoran masih tidak dibenarkan', itu penjelasan yang diberikan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pihak penganjur kejuaraan Cub Prix Malaysia diarahkan untuk mengemukakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baru untuk dinilai semula Kementerian Kesihatan Malaysia dan MKN.
MKN yang berbincang bersama pihak KKM mendapati kejuaraan Cub Prix Malaysia yang dianjurkan dibimbangi mampu mewujudkan kluster sukan.
Ismail menekankan betapa sentuhan secara langsung semua yang terlibat samada sebelum dan selepas perlumbaan tetap akan berlaku walaupun acara itu tidak melibatkan sentuhan sesama pelumba ketika beraksi di litar.
"Ketika berlumba tiada sentuhan namun apa yang membimbangkan adalah sebelum dan selepas perlumbaan itu dan kebarangkalian sentuhan akan berlaku," katanya.
"Jadi setakat ini, kami masih belum membenarkan perlumbaan ini dibenarkan namun kami masih lagi membuka peluang kepada pihak penganjur untuk membuat permohonan rasmi dan SOP yang baru."
;