Kontinjen negara mengakhiri saingan Sukan Para Asia 2022 dengan menambah satu kilauan pingat gangsa menerusi atlet olahraga, Muhamad Nurdin Ibrahim, dalam acara 1500 meter lelaki T20 (kecacatan fizikal).
Atlet berusia 26 tahun itu merupakan atlet terakhir negara beraksi di APG, menceriakan kem Malaysia apabila menamatkan saingan pada kedudukan ketiga dengan catatan empat minit dan 19.95 saat dalam aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong, sekali gus menyumbang pingat ke-39 kontinjen secara keseluruhan.
Pingat emas dan perak masing-masing diraih wakil Jepun, Kenta Okawachi (4:05.12s) dan Daisuke Nakagawa (4:06.35s).
Sementara itu, Nur Azlia Syafinaz dan Nurul Suhada Zainal turut menyumbangkan pingat gangsa dalam acara berbasikal lebuhraya kategori wanita B yang juga gangsa ketiganya dalam edisi kali ini.
Pingat gangsa Muhammad Nurdin menyaksikan kontinjen menutup saingan di Hangzhou dengan tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa.