Skip to main content

Paralimpik

Sukan Para Asia: Ammar Aiman tekad letak sasaran pecah rekod dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ammar-aiman.jpg
Pemenang pingat emas 400 meter (T20) Sukan Para Asia, Ammar Aiman tidak terbawa dengan kejayaan yang dilakar di Hangzhou -- sebaliknya mahu program pengkhususan yang setanding keinginannya untuk memecahkan rekod dunia.

Laungan keyakinan itu disuarakan atlet berusia 21 tahun itu -- malah tidak menolak kemungkinan untuk kembali menjadikan pemegang rekod kebangsaan 400 meter, Umar Usman sebagai rakan sepelatih.

Untuk rekod, Ammar Aiman dan Umar Usman, berlatih bersama dalam kontinjen Johor bagi persiapan Sukan Malaysia (Sukma) yang lalu -- atas faktor itu, dirinya berasakan persekitaran kompetitif itu jadi kunci dirinya memecah rekod Para Asia yang membawa kepada kilauan pingat emas di Hangzhou.

"Saya meletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan larian. Saya mahu mengejar peluang memecahkan rekod Sukan Paralimpik," katanya menerusi Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video