Skip to main content

Paralimpik

Sukan Para ASEAN: MPM sedia beri peluang kepada atlet baharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpm.jpg
Bakal ada lebih ramai atlet baharu menjelang Sukan Para ASEAN, Januari tahun hadapan.

Tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, yang turut mengutamakan pilihan terbaik dalam Sukan Para Asia 2027 dan Sukan Paralimpik 2028.

"Kami akan memanggil untuk mengadakan mesyuarat pertengahan bulan ini yang akan kami maklumkan kepada persatuan para kebangsaan untuk persediaan ke kejohanan di Dubai dan peringkat Asia Tenggara di Thailand.

"Semua sudah bersedia, cuma kami mahu memastikan pasukan terbaik dan meningkatkan jurang dan meletakkan atlet baharu. 

"Ini akan menjadi masa hadapan buat negara tatkala 2027 Malaysia akan menjadi tuan rumah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Dalam masa sama, MPM juga mengharapkan kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengekalkan kesinambungan sokongan yang sudah terjalin sekian lama.

Untuk rekod, kejohanan dwitahunan yang lalu menyaksikan kem negara menduduki tempat keempat keseluruhan, sambil membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 35 gangsa. 

Advertisement

Must Watch Video