Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Orang Pekak Malaysia: Kontinjen Selangor buru tiga emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penasihat-persatuan-sukan-orang-perak-selangor,-isaiah-d-jacob.jpg
Kontinjen pekak Selangor mempertaruhkan 83 atlet ke Sukan Orang Pekak Malaysia di Sarawak bermula 1 hingga 7 Oktober 2025.

Lima acara menjadi tumpuan dalam kejohanan ini yang sudah memasuki edisi ke-22.

Jumlah tiga pingat emas pula dianggap sasaran yang realistik dan mampu direalisasikan oleh skuad Selangor.

"Sasaran kami pada kali ini adalah tiga emas, dua perak dan dua gangsa. 

"Acara setiap pertandingan tidak sama bergantung kepada kebolehan atlet," kata Penasihat Persatuan Sukan Orang Perak Selangor, Isaiah D Jacob, yang ditemui ketika mempengerusikan mesyuarat perlaksanaan dan persediaan kontinjen Pekak Selangor ke temasya tersebut hari ini selain kehadiran Presiden Persatuan Sukan Orang Perak Selangor, Balakrishnan Sarkunan.

Bagaimanapun, persediaan untuk menghadapi kejohanan itu masih lagi giat dilakukan termasuk membabitkan beberapa perkara yang masih perlu dilunaskan.

"Kami memerlukan RM188,000 dan kami telah menghubungi beberapa agensi tetapi setakat pagi ini belum ada perkembangannya. 

"Tarikh tutup permohonan adalah 1 September sementara pembayarannya wajib dibuat sebelum 20 September, 


 

Advertisement

Must Watch Video