Skip to main content

Olimpik

Sukan Olimpik: Skuad memanah recurve wanita tempah tiket ke Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trio-recurve-wanita.jpg
Berita gembira buat sukan negara apabila trio memanah recurve wanita sah akan beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.

Ini selepas gandingan Riana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh layak ke suku akhir Kejohanan Kelayakan ke Sukan Olimpik di Turki hari ini.

Trio negara itu berhasil mengatasi Vietnam 5-3 dalam aksi pusingan kedua itu.

Sebagai rekod, pasukan yang layak ke kelompok lapan terakhir kejohanan itu akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris.

Mereka kemudian menewaskan Colombia 6-0 dalam suku akhir sebelum mengetepikan England 5-3 dalam separuh akhir dan akan bertemu China di pentas final.

 

Advertisement

Must Watch Video