Atlet triatlon negara, Chong Xian Hao, masih bergelut untuk memastikan masa terpantas mampu dicatat dalam acara renang 750 meter menjelang Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina bermula 6 Oktober ini.
Xian Hao merupakan satu-satunya atlet triatlon yang bakal mempertaruhkan aksi dalam Sukan Olimpik Remaja edisi ini yang membabitkan acara renang, berbasikal dan berlari.
Atlet berusia 17 tahun berkenaan, bagaimanapun, masih lagi belum mencapai tahap terbaik yang disasarkan dalam acara renang tatkala prestasinya lebih baik dalam acara larian dan berbasikal.
Untuk itu, sesi latihan sejak minggu lalu hanyalah fokus kepada renangan sahaja memandangkan saingan sebenar nanti diadakan di tasik di mana ia pastinya lebih sukar dan mencabar.
"Saya berusaha keras memperbaiki aspek renangan sejak tiga bulan lepas.
"Saya masih yakin dengan acara berbasikal dan larian tetapi memandangkan acara renang akan berlangsung di tasik, saya gigih dalam mempersiapkan diri," katanya.
Xian Hao, yang pernah beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, sedar dengan persaingan yang cukup sengit di Argentina dan hanya mahu memastikan catatan masa terbaik, 1 jam 8 saat, mampu diatasi dalam penampilan sulung ini.
"Jarak perlumbaan agak pendek, saya menjangkakan mampu melakar catatan masa sekitar 1:00:08s sehingga 1:00:12s," tambahnya.
Acara triatlon Sukan Olimpik Remaja akan bermula pada 7 Oktober bagi kategori perempuan manakala kategori lelaki sehari kemudian dan diakhiri dengan berpasukan campuran pada 11 Oktober.