Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Renang Malaysia tunggu status slot tambahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bertrand-rhodict-lises.jpg
Tambahan dua slot ke Sukan Olimpik Paris daripada kem sukan terjun masih menjadi tanda tanya. 

Teka-teki itu bakal terjawab apabila satu surat rasmi daripada Akuatik Dunia yang mengesahkan dua slot itu selepas penerjun 10 meter lelaki, Bertrand Rhodict Lises, sah ke temasya sepatutnya diterima hari ini. 

Namun, menurut Pengarah Teknikal Malaysia Swimming (MAS), Bryan Nickson Lomas, dia masih tidak dapat menentukan status sebenar.

Bagaimanapun, persediaan yang kini dilakukan oleh Rhodict berada dalam landasan yang terbaik termasuk bebas kecederaan dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam kejohanan ujian di Australia.

"Sepatutnya kami dapat maklumatnya hari ini. 

"Kalau ada penambahan kuota, kami akan terima daripada Akuatik Dunia. 




"Mungkin daripada segi perbezaan catatan jadi kita tiada slot tapi kami masih mengharapkan penambahan 1-2 slot lagi. 

"Selepas ini Rhodict akan kembali ke Australia bagi kem latihan pusat kedua, seterusnya ke United Kingdom untuk kem latihan singkat.

"Rhodict juga sedang mengalami kecederaan lengan berikutan mencuba teknik baru. 

"Saya rasa dia sempat pulih sepenuhnya sebelum ke kem latihan," katanya Nadi Weekend sebentar tadi. 
 

Advertisement

Must Watch Video