MEMANAH
Sukan Olimpik Paris: Peluang terakhir pemanah negara rebut kelayakan
Skuad negara membuat persiapan rapi untuk peluang terakhir merebut slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Piala Dunia Memanah Siri Ketiga yang bermula Selasa depan di Antalya, Turkiye.
Ketika ini, hanya pemanah recurve wanita, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, sahaja yang sah secara merit ke temasya besar itu.
Bagi jurulatih recurve negara, Norizham Ishak, meskipun peluang tipis untuk merebut tempat ke Paris, tetapi dia tetap menganggap ia satu pendedahan yang baik buat anak buahnya yang rata-rata masih muda.
"Kami cuba menerapkan program latihan yang baru memandangkan pencabar-pencabar semakin hebat.
"Saya juga perlu sediakan rakan sepelatih buat Ariana Nur Dania selain merancang persediaan mental untuknya," kata jurulatih recurve negara, Norizham Ishak.