Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan

Raja Zaid
Mei 12, 2024 13:05 MYT
Momentum semangat untuk menyambut temasya sukan terbesar di dunia Olimpik yang bakal berlangsung pada Julai ini di Paris, Perancis sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tematnya fasa larian membabitkan laluan dari Manosque ke utara Marseille.
Tidak seperti kelaziman sebelum ini iaitu obor yang di bawa akan menyalakan api di kawah yang disediakan, namun larian semalam tidak selancar seperti yang dirancang.
Larian peringkat ketiga bagaimanapun berdepan dengan masalah teknikal apabila kawah yang disediakan itu gagal dinyalakan oleh pelari terakhir iaitu perenang Perancis Ophelie Cyrielle Etienne yang juga merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 di London.
Menurut urusetia larian obor olimpik, pihaknya mengakui bahawa berlaku masalah teknikal untuk menyalakan kawah terbabit sedangkan ia telah diuji berfungsi seperti yang dirancang dua hari sebelumnya iaitu ketika di Marseille dan Toulon.
Larian obor yang akan tiba di Paris pada waktu upacara pembukaan pada 26 Julai, berjalan dengan lancar sekalipun melalui persekitaran luar bandar dan pergunungan Alpes de Haute Provence.
Secara keseluruhannya, larian obor akan menampilkan kira-kira 10,000 pelari dan merentasi 400 pekan dan bandar di Perancis serta beberapa wilayah luar negara termasuk Guadeloupe, New Caledonia dan Reunion.
#olimpik #Paris #Obor
;