Khidmat pegawai psikologi dari Institusi Sukan Negara (ISN), Aruna Santhappan, terus ditagih untuk merealisasikan hasrat Johnathan Wong dalam misi menggenggam pingat emas pertama negara menerusi acara 10m pistol lelaki di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Jurulatih menembak kebangsaan, Firdaus Abdul Rahim, dengan yakin melaung misi emas selepas melihat keinginan yang dimiliki Johnathan selain kesungguhan tinggi untuk menggapai impian emas pertama yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.
Dengan bidikannya yang semakin tepat, ia dijangka bakal menjadi 'turning point' kepada kejayaan penembak itu.
"Kami daripada awal sampai akhir masih meletakkan pingat emas dalam sasaran.
"Proses untuk mendapatkan lapan terbaik dan pingat emas mempunyai potensi yang tinggi.
"Johnathan juga menyimpan hasrat untuk sasar emas dan sehingga hari ini masih mengekalkan hasrat itu dan itu merupakan punca semangat buat dirinya," katanya.