Sukan Olimpik Paris: Aniq Kasdan bakal balas kepercayaan pertama kali dengan pingat


Jun 19, 2024 19:45 MYT
Atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan memilih untuk lebih bertenang di Rompin, sambil menunggu ketibaan pihak Institut Sukan Negara ISN, sebagai bekalan akhir dari segi persediaan mental sebelum terbang ke Turki.
Pemilihan Rompin berdasarkan prestasi Aniq yang sering menjadi apabila dia jalani latihan fasa akhir di tanah kelahiran idola Aniq yang juga merupakan olimpian negara, Amirul Hamizan Ibrahim
Lihat sahaja beberapa penampilan Aniq di Sukan Komenwel Birmingham 2022 dan Kejohanan Dunia di Qatar 2023 semuanya bermula di pekan terpencil Kuala Rompin.
Anak jati Johor ini akan berada di Turki selama dua minggu dan terus membawa misi negara di Paris atas dasar permintaan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) tuntut Aniq curi slot podium.
Aniq ketika ditemu bual oleh wartawan sensasi Astro Arena, Fina Nasrom menyatkan bahawa kepercayaan tinggi diletakkan kepadanya untuk raih pingat nanti.
"Mereka semestinya nak dapatkan pingat dari saya sebab mereka tidak mahu saya pergi dan pulang tanpa kejayaan.
"Saya pun optimis dengan sasaran mereka jadi saya akan cuba buat yang terbaik. Kepercayaan orang lain pun saya susah nak dapatkan jadi bila dah dapat ini saya akan buat yang terbaik, cuba tak akan kecewakan siapa yang sokong saya semua jadi selamat berjayalah untuk diri sendiri," tambahnya lagi.
Mengimbau semula perjalanan Aniq ke pentas Olimpik, Aniq akui ada satu ketika dia merasa bersalah dengan mengatasi kemampuan Aznil Bidin dalam kategori 61 kilogram, namun perasaan itu hilang sebaik pertemuan 4 mata berlaku di antara mereka
"Mula-mula itu ada rasa bersalah tapi saya pun sudah bercakap, bersembang dengan dia secara bersemuka, tengok siapa yang dapat olimpik ini, rezeki siapa, tiada pun nak gaduh-gaduh semua sebab kami pun sokong antara satu sama lain.
"Jadi alhamdulillah dia terima, saya pun syukur jadi tiada masalah antara kami berdua.
;