SUKAN LAIN

Sukan Olimpik Paris: 34 negara sepakat gesa atlet Russia-Belarus disekat

Shaiful Shamsudin 21/02/2023 | 05:13 MYT
Tuan rumah, Perancis, antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menghalang atlet Russia dan Belarus daripada menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.
Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Australia juga antara yang menggesa agar larangan itu dikenakan.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan awal pagi tadi menjelaskan alasan terperinci berdasarkan "Russia yang memilih peperangan yang tidak diprovokasi dan tidak wajar ke atas Ukraine selain dibantu Kerajaan Belarusia."
Menteri Sukan Russia, Oleg Matytsin, berkata awal bulan ini bahawa cadangan itu sama sekali tidak boleh diterima bagi sesebuah kerajaan untuk cuba mempengaruhi IOC.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bulan lalu, IOC mengesahkan hasrat untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai negara dan kerajaan Russia dan Belarus menjelang temasya itu di ibu negara Perancis, tahun depan.
Tetapi menambah ia akan meneroka peluang buat atlet dari kedua-dua negara untuk bersaing di bawah bendera negara berkecuali.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh 34 negara itu mengalu-alukan usaha IOC untuk menyemak semula, malah memperketatkan sedia ada sambil melabel komen berkecuali yang dibuat jawatan kuasa itu telah menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan dipihak mereka.
#Sukan Olimpik Paris
;