Sejarah Penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik

Malaysia akan menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan datang bermula dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, yang turut merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30.

Ini akan menjadi penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik sejak 1964.

Sejak temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, kontinjen Malaysia mempunyai beberapa peluang untuk membutirkan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik namun terkandas saat-saat akhir. Kini, dengan penyertaan lebih daripada 20 atlet yang akan membawa kibaran Jalur Gemilang di Paris, peluang untuk merealisasikan kilauan pingat emas pertama masih ada.

Berikut adalah maklumat tentang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tarikh dan Lokasi Temasya Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan di Perancis dengan menyaksikan bandar Paris akan menjadi lokasi utama bermula dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024. Temasya itu turut akan diadakan di 16 lokasi lain termasuk Pulau Tahiti.

Rekod Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia dalam Sejarah Sukan Olimpik

Malaysia telah memenangi 13 pingat Olimpik sejak Tokyo 1964 tetapi belum pernah memenangi pingat Emas. 13 pingat tersebut terdiri daripada 8 pingat Perak dan 5 pingat Gangsa.

Berikut rekod kutipan pingat Sukan Olimpik bagi kontinjen Malaysia:

Rekod Pemenang Pingat bagi Atlet Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik

Pemenang pingat Sukan Olimpik bagi kontinjen Malaysia dibutirkan dalam sukan Badminton, Terjun, dan Berbasikal, dengan Lee Chong Wei sebagai atlet dengan rekod paling banyak memenangi pingat, iaitu 2 pingat perak.

Berikut adalah senarai pemenang pingat Malaysia dalam Sukan Olimpik:

Senarai Penyertaan Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Seramai 26 orang atlet Malaysia yang akan mengibarkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 melibatkan 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga. Ini merupakan senarai penuh atlet:

Jadual Penuh Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga. Atlet Malaysia pertama yang akan beraksi ialah Ariana Nur Diana dalam acara memanah (Women’s Individual Ranking Round) pada Khamis, 25 Julai 2024 jam 3:30pm.

Untuk senarai penuh jadual Sukan Olimpik 2024, layari di sini.

Info Siaran Langsung (Live Streaming) Sukan Olimpik Paris 2024 di Malaysia

Saksikan siaran langsung dan live streaming secara percuma di sini

Chef de Mission Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Chef de mission (CDM) bermaksud 'Ketua Misi' dalam bahasa Perancis. CDM Olimpik adalah orang yang dilantik untuk memimpin kontinjen atlet kebangsaan di Sukan Olimpik Paris 2024. CDM Malaysia ialah Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pembawa Bendera Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Pembawa bendera membawa bendera kebangsaan negara mereka semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik. Pembawa bendera Malaysia untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024 ialah penerjun berumur 19 tahun, Bertrand Rhodict Lises dan pelayar berumur 25 tahun, Nur Shazrin Mohamad Latif.

Jumlah Negara Bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024

Atlet bersaing sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC). Terdapat lebih kurang 10,500 atlet dari 206 NOC yang akan bersaing dalam Olimpik 2024.

Maskot Sukan Olimpik Paris 2024

Nama maskot bagi Sukan Olimpik Paris 2024 adalah Olympic Phryge, berdasarkan topi Phrygian kecil tradisional yang berbentuk seperti maskot tersebut. Nama dan reka bentuk ini dipilih sebagai simbol kebebasan dan untuk mewakili tokoh-tokoh alegori Republik Perancis.

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)