OLAHRAGA
Sukan Olimpik: Malaysia ada ramai pelapis mampu layak secara merit ke Brisbane 2032
Di sebalik tumpuan terhadap pemilik slot universal tunggal olahraga ke Sukan Olimpik Paris 2024 di antara Shereen Samson Vallabouy dan Azeem Fahmi, Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, optimis Malaysia memiliki ramai pelapis untuk layak secara merit ke temasya itu dalam edisi di Brisbane pada 2032.
Ballard melihat ramai atlet pelapis ketika ini memiliki kemampuan untuk mengikut jejak senior mereka tetapi memerlukan program berkesan yang sedang dirangka persatuan itu, sambil menjanjikan usaha untuk memburu kelayakan secara merit akan terus dipergiat.
Setelah Ballard meneliti draf dan data pelapis negara, dia menjangkakan Malaysia mampu melahirkan lebih ramai atlet yang bukan sahaja mampu bertanding, malah mampu meraih pingat dalam temasya terbesar dunia itu.
Iklan
"Kami memiliki tugas besar dan sebahagian daripada tugas saya adalah perlu mengumpulkan pelan strategik, yang saya percaya sudah diserahkan kepada KOM, iaitu dokumen pada 2022," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Pada 2022, kami sudah mulakan usaha untuk membawa atlet layak secara merit ke Sukan Olimpik, jadi itulah sasaran kami.
"Ia bermakna, kami perlu memulakan pembangunan dan mencari prospek lebih muda dan melihat bagaimana kami boleh membantu mereka, mendidik dan memberikan perkembangan profesional bersama jurulatih mereka."
Must-Watch Video