MEMANAH
Sukan Olimpik LA: Memanah compound disenaraikan, harapan baru buat Malaysia!
Acara memanah kategori compound bakal mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.
Acara berpasukan campuran compound itu bagi menyertai lima acara recurve sedia ada iaitu individu lelaki dan wanita, pasukan lelaki dan wanita, serta pasukan campuran dan menjadikan jumlah pingat acara memanah kepada enam.
Dalam pada itu, ini adalah kali pertama sejak pengenalan semula memanah ke Sukan Olimpik pada 1972 yang menyaksikan gaya busur baru ditambah ke dalam acara memanah.
Iklan
Presiden Memanah Dunia, Prof Dr Ugur Erdener, mengakui bahawa acara baru ini adalah langkah yang wajar dan berita gembira buat semua pemanah compound di seluruh dunia yang mengimpikan pengiktirafan Olimpik.
"Terima kasih tidak terhingga kepada IOC, Presiden Thomas Bach, dan Jawatankuasa Penganjur LA28 atas sokongan luar biasa dalam menjayakan misi bersejarah ini. - kata Ugur Erdener yang dipetik dari laman rasmi Memanah Dunia.
Bagi Malaysia, perkembangan ini membuka ruang baharu untuk menyerlah di pentas Olimpik di mana skuad negara sebelum ini telah membuktikan keupayaan dalam sukan ini apabila skuad compound campuran negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2017.
Must-Watch Video