MEMANAH

Sukan Olimpik LA: Juwaidi Marzuki sedia beri komitmen untuk program kebangsaan

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
11/04/2025
12:34 MYT
Sponsor Banner
Sukan Olimpik LA: Juwaidi Marzuki sedia beri komitmen untuk program kebangsaan
Khabar gembira mengenai kemasukan acara memanah compound berpasukan dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 membuka sinar peluang buat pemanah compound negara, Juwaidi Marzuki, untuk menghidupkan semula impian menggapai kilauan pingat temasya itu.
Dia mengakui bergerak sebagai pemanah profesional akan mewujudkan kekangan buat dirinya terutama daripada segi pengeluaran dana untuk latihan dan fasiliti peralatan diperlukan.
Sedar akan cabaran itu, dia lantas meletakkan sepenuh kepercayaan kepada jurulatih dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan memuktamadkan keputusan mengenai perancangan jangka masa panjang buat dirinya menjelang misi kelayakan ke pentas sukan terbesar dunia itu.
"Saya tetap merupakan atlet sepenuh masa cuma lebih banyak berlatih sendirian dengan pasukan kebangsaan.
"Kalau mnakin dekat dengan Sukan Olimpik dan layak, jadi barulah saya fokus kepada (program kebangsaan) dan utamakan menjadi atlet sepenuh masa," katanya di Nadi Arena.
Dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali beraksi sebagai atlet sepenuh masa di bawah MSN kerana percaya persiapan lengkap ke Sukan Olimpik mampu direalisasikan dengan sempurna dengan bantuan badan sukan negara.
"Latihan di luar negara sebelum menghadapi Sukan SEA, Kejohanan Dunia, dua siri Piala Dunia dan Piala Asia," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video