Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik LA: 50 meter kuak dada, kupu-kupu, lentang buat kemunculan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-peaty.jpg
Acara Renang jarak 50 meter kategori kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang bakal membuat debut ni pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 untuk menjadikan jumlah pingat acara renang kepada 41 yang sebelum ini hanya 35 sahaja.

Acara ini sah dipertandingkan dalam temasya LA 2028 selepas diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) minggu lalu. 

Berita itu mendapat respons segera daripada juara Olimpik tiga kali, Adam Peaty, yang meraih emas dalam acara 100 meter kuak dada di Rio 2016 dan di Tokyo 2020 serta pingat Perak yang baru diraihnya di Olimpik Paris 2024.




Atlet renang kelahiran United Kingdom itu menyuarakan perasaan terujanya di media sosial, Instagram, atas kesempatannya untuk bersaing. 

"Selepas acara 50 meter ini disahkan dipertandingkan dalam LA2028, saya mengambil pilihan untuk bersaing buat kali keempat dalam Sukan Olimpik," kata Adam Peaty.

Untuk rekod, acara renang 50-meter renang hanya mempertandingkan gaya bebas sejak Sukan Olimpik 1988 Korea Selatan. Dengan penambahan kategori di acara 50 meter, sememangnya akan menghangatkan lagi saingan renang di Olimpik.

https://x.com/WorldAquatics/status/1910015010971205877

Advertisement

Must Watch Video