SUKAN LAIN

Sukan Olimpik: Khiew Hoe Yan, Tan Rouxin dominasi 'wildcard' ke Paris

Muhammad Saufi 17/06/2024 | 10:19 MYT
Jurulatih skuad renang kebangsaan, Eric Anderson, menjelaskan Khiew Hoe Yan dan Tan Rouxin mendahului dalam nominasi 'wildcard' bagi acara lelaki dan wanita untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Jelas Eric, ia merupakan petanda awal yang baik buat kem renang negara sejak pengambilalihan tampuk kuasa dari pengendali terdahulu, Chris Martin.
Begitupun, fokus utama yang diberikan kepada Eric sejak beliau bergandingan dengan pengarah teknikal baharu, Megan Oesting, tertumpu kepada menyiapkan atlet dengan kadar terbaik menjelang Sukan SEA 2025.
Sebelum ini, skuad renang negara telah mendapat input berguna dalam sesi latihan di Bukit Jalil apabila berpeluang berlatih bersama perenang sensasi Denmark, Thea Blomsterberg dan rasmus Nickelsen.
Selepas ini, Eric memberi bayangan awal perenang akan diberikan pendedahan terakhir di Odense, Denmark pada 9 hingga 22 Julai untuk membiasakan suhu pertandingan sebenar di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
#Khiew Hoe Yan #Sukan Olimpik Paris #Tan Rouxin
;