Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik: Kejohanan kebangsaan medan pemanas badan Aniq Kasdan sebelum ke Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aniq-kasdan.jpg
Kejohanan angkat berat kebangsaan 2024 diibaratkan sebagai pentas akhir buat atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan, sebelum ke temasya Sukan Olimpik Paris.

Senario yang diharapkan akan menjadi kenyataan itu akan menjadi sebagai medan persediaan dari aspek mental buat badang negara itu.

Kepulangan Aniq ke kampung halamannya di Segamat, Johor menjadi inisiatif terakhir dalam menuju 50 hari ke Olimpik Paris tatkala dirinya sedang melalui fasa program pemerkasaan.

"Peranan saya dalam kejohanan ini adalah untuk mencari keyakinan di atas pentas dan lebih kepada pertunjukkan sahaja dan untuk memanaskan badan memandang ia berlangsung di kampung saya.

"Latihan kini dalam fasa dua, ada berat dan ringan jadi walaupun baru masuk fasa dua tetapi saya sudah mencapai berat hampir 300.

"Saya akan berlatih dari segi psikologi dengan lebih mantap sebelum ke Olimpik Paris." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video