SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik: Jumlah akhir atlet ke Paris diketahui hujung bulan ini
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, mengesahkan bahawa sebanyak tiga sukan akan menjadi tambahan kepada jumlah keseluruhan atlet ke yang akan bersaing dalam temasya teragung itu.
Begitupun, MOM sudah mempunyai bayangan kekuatan keseluruhan kontinjen negara untuk temasya yang akan berlangsung bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Nazifuddin ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata jumlah akhir atlet negara ke Paris akan diketahui hujung bulan ini.
Dengan tumpuan sudah pasti terarah kepada pelari pecut negara, Azeem Fahmi atau Shereen Samson Vallabouy yang akan diberikan satu slot wildcard atau kedua-duanya akan dapat beraksi di Paris.
"Kita masih menunggu sekiranya Azeem dapat rekod kelayakan maka kita berpeluang dapat dua wakil. Tambahan lagi dua daripada Golf berdasarkan ranking tetapi golf tidak umumkan secara rasmi lagi.
"Kita punya kontinjen kita sudah tahu tetapi masih belum diumumkan secara rasmi lagi, jumlah keseluruhan kontinjen Malaysia dalam 23 hingga 24 (atlet)." katanya kepada Nadi Arena.