MEMANAH
Sukan Olimpik: ISN perkenal busur baru untuk pemanah para negara, S. Suresh
Institut Sukan Negara (ISN) memperkenalkan busur dengan spesifikasi terbaru yang direka khas untuk pemanah recurve para negara, S. Suresh, sebagai persiapan mencabar kilauan pingat di Paralimpik Paris 2024 nanti.
Sebagai pusat kecemerlangan, ISN telah membangunkan produk ini hasil daripada penyelidikan dan pembangunan, termasuk 'custom made grip' untuk peralatan sukan memanah.
Inovasi terbaru ini telah mula digunakan oleh Suresh sejak November lalu. Sepanjang tempoh ini, busur tersebut melalui proses transformasi berkala berdasarkan maklum balas daripada Suresh.
Iklan
Suresh dijangka akan menggunakan teknologi terbaru ini pada kejohanan seterusnya di Republik Czech sebagai persiapan terakhir sebelum ke Paris.
"Semasa pemilihan Paralimpik, saya menggunakan inovasi ini dan berjaya melayakkan diri ke Paralimpik.
"Jurulatih telah memberi komen bahawa saya berpotensi naik ke podium, dan saya berharap ia akan menjadi kenyataan," kata Suresh.
Must-Watch Video