SUKAN LAIN

Sukan Olimpik Brisbane 2032: Sungai dihuni buaya venue acara mendayung

Stadium Astro
Ammar Hakim
25/03/2025
07:30 MYT
Sponsor Banner
Sukan Olimpik Brisbane 2032: Sungai dihuni buaya venue acara mendayung
Sebuah sungai yang dihuni buaya dilaporkan akan menjadi tuan rumah acara mendayung Sukan Olimpik dan Paralimpik 2032.
Sukan Olimpik 2032 akan diadakan di Brisbane, Australia dan ia sudah pun menjadi tajuk dan perbualan utama walaupun penganjuran temasya itu bakal berlangsung tujuh tahun lagi.
Apabila kerajaan Queensland melancarkan rancangan infrastruktur terakhirnya pada hari Selasa, Rockhampton disenarai sebagai venue acara mendayung, lapor The Courier Mail.
Buaya sering kali kelihatan di Sungai Rockhampton Fitzroy, yang terletak 630km di utara Brisbane, dan dua tahun lalu seekor buaya empat meter telah terperangkap oleh renjer.
Ahli politik berpendapat ia akan menjimatkan berjuta-juta dolar negeri dan bukannya alternatif.
Pemindahan buaya akan menjadi satu lagi dilema yang perlu dibincangkan.
Januari lalu, Senator Negara Queensland, Matt Canavan, berkata, "Kami percaya bahawa memindahkan acara mendayung dan berkanu ke kemudahan sedia ada di pusat Rockhampton boleh menjimatkan sehingga AUD100 juta (RM278 juta)."
Rowing Australia dan Rowing Queensland dilaporkan menghantar surat tergempar kepada kerajaan negeri pada hari Ahad menolak hujah untuk mengekalkan acara dayung di negeri itu daripada dipindahkan ke kemudahan sedia ada di Penrith di Sydney Barat.
Mereka juga menegaskan bahawa mana-mana tempat yang dipilih kerajaan perlu mematuhi 'keperluan teknikal yang ketat yang diperlukan untuk perlumbaan yang adil dan menarik'.
Sebelum ini ulasan 100 hari telah disediakan oleh Perdana Menteri, David Crisafulli pada November 2024 tentang infrastruktur Sukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video