Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen, menjadi wakil terbaru negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.
Pemain berusia 24 tahun itu akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini selepas menduduki tempat ke-50 dalam kedudukan ranking pemain wanita ke Sukan Olimpik, yang dimuktamadkan pada Isnin lalu dan diumumkan secara rasmi oleh Persektuan Golf Antarabangsa lewat malam tadi.
Ashley, yang menjadi wakil ke-22 negara ke temasya itu, akan menyertai pemain lelaki profesional, Gavin Green, untuk mewakili Malaysia dalam acara golf di Paris 2024, yang akan bermula pada 1 Ogos depan untuk acara lelaki dan 7 Ogos depan untuk acara wanita.
Muzaffar Musa
Tue Jun 25 2024