SKUASY
Sukan Olimpik 2028: Skuasy perlu persiapan rapi andai berhajat pingat
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar S. Maniam, beranggapan atlet skuasy negara perlu melakukan persiapan lebih rapi andai mahu mencabar kedudukan terbaik pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Ini selepas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik LA 2028 mencadangkan skuasy antara sukan yang bakal dipertandingkan di temasya berprestij itu.
Bagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan antara Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur dan dan bakal diputuskan 16 Oktober ini.
Iklan
Bagi Maniam, buat masa ini pemain skuasy negara berlu bersedia untuk beraksi di temasya andai diadakan dalam masa terdekat.
"Skuasy belum tersenarai tetapi berpeluang besar.
"Ahad ini Jawatankuasa Olimpik akan memutuskan antara lima pasukan yang dicadangkan ini.
"Apa pun, atlet Malaysia belum bersedia, belum pun mencapai tiga pemain terbaik dunia.
"Banyak usaha perlu dilakukan untuk tingkatkan prestasi pemain negara.
"Saya percaya kita ada bakat untuk pergi ke tahap itu," katanya menerusi Nadi Arena.
Must-Watch Video