Penembak rifle negara, Muhammad Ezuan Nasir Khan, belum berputus asa untuk mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun masih gagal menyertai Kejohanan Siri Menembak Piala Dunia 2019, termasuk di Munich, Jerman, hujung bulan ini.
Ini kali ketiga Ezuan terlepas Siri Piala Dunia 2019.
Situasi itu berpunca daripada sesi latihan yang tidak memuaskan memandangkan dia menggunakan rifle baru sejak bulan lalu.
Ezuan turut berdepan masalah berkomunikasi dengan pihak pengurusan yang mengakibatkannya terlepas tarikh penting bagi pemilihan mewakili negara.
Ia menjadi punca Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) tidak menyenaraikan penembak berusia 29 tahun tersebut daripada menyertai Siri Piala Dunia di New Delhi, Beijing dan terbaru, Munich.
"Mungkin saya belum layak lagi untuk menyertai Siri Piala Dunia selain peruntukan terhad, maka penembak yang meraih mata yang lebih tinggi akan terpilih," katanya.
NSAM menyenaraikan lima penembak ke Munich yang diketuai jaguh pistol, Johnathan Wong.
Bagi acara 10m air rifle lelaki, skuad negara akan diwakili Mohd Lutfi Othman yang kini menghuni ranking ke-126 dunia.
Meskipun belum terpilih untuk menyertai kejohanan antarabangsa tahun ini, penembak kelahiran Kuala Lumpur itu yakin masih berpeluang untuk layak ke temasya Tokyo 2020 sekiranya memecahkan rekod kebangsaan, 623 mata, milik Lutfi dalam Kejohanan Asia di Doha, Qatar, November depan.
"Kalau boleh, saya nak menyertai Kejohanan Asia kerana kejohanan besar seumpama itu boleh dijadikan medan persiapan untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 -- dari 30 November hingga 11 Disember depan.
"Ia boleh melonjakkan prestasi penembak negara ketika dalam Sukan SEA Filipina," katanya lagi.