Stadium Astro logo
Breaking news banner
SUKAN LAIN

Sukan Komanwel: Skuad berpasukan campuran negara mara ke final

article-author-avatar
Ammar Hakim 01/08/2022 | 14:00 MYT
Article ribbon Sukan Komanwel: Skuad berpasukan campuran negara mara ke final
Pertemuan perlawanan pertama menemukan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang berdepan Marcus Ellis dan Lauren Smith.
Seperti dijangka, beregu England itu tidak memberi laluan mudah buat skuad negara apabila bermula cemerlang menoktahkan kemenangan set pertama 21-12.
Namun, Malaysia bermula baik di set kedua apabila saling bertukar mata dan seperti boleh membaca strategi pihak lawan.
Meskipun ketinggalan pada satu ketika, mereka berjaya bangkit dan memastikan saingan diheret ke set penentuan, Malaysia menang set kedua 21-18.
Siapa sangka Malaysia yang ketinggalan pada mulanya menemui rentak dan berjaya mendahului dengan kemenangan pertama Malaysia menerusi keputusan akhir 21-13.
#badminton #Sukan Komanwel #Sukan Komanwel Birmingham