Skuad berbasikal trek negara terlepas peluang untuk merebut pingat dalam acara pecut berpasukan saingan Sukan Komanwel 2022, menamatkan saingan di tempat kelima dalam pusingan kelayakan.
Dalam saingan di Lee Valley VeloPark, London, England, skuad negara yang dibarisi Shah Firdaus Sahrom, Ridwan Sahrom dan Fadhil Zonis sekadar melakukan catatan masa 44.496 saat, di belakang New Zealand (43.974s) dan Canada (44.071s) dalam usaha untuk meraih pingat gangsa.
Bagi perlawanan pingat emas, England (43.296s) menyertai Australia di final, selepas mereka melakukan catatan rekod temasya baharu, (42.222s).
Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara pecut berpasukan merupakan 12 tahun lalu ketika Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin meraih pingat gangsa.
Sementara itu, pasukan wanita negara yang dibarisi Nurul Izzah Izzati Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi turut tersingkir di pusingan kelayakan.