SUKAN LAIN
Sukan Komanwel: Siti Zalina tetap gembira peroleh gangsa untuk Malaysia
Atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, ternyata berpuas hati apabila berjaya menebus kegagalan mara ke pentas final Sukan Komanwel Birmingham dengan menghadiahkan kilauan pingat gangsa buat Malaysia.
Lebih manis, Siti Zalina kini merupakan atlet boling padang wanita paling banyak meraih pingat di Sukan Komanwel dengan tiga emas dan dua gangsa.
"Saya cuba mendapatkan bonus dalam acara perseorangan ini, saya cuba untuk mendapatkan tempat ke final namun akur untuk ke penentuan pingat gangsa. Saya sangat gembira apabila berjaya memastikan pingat ini untuk kontinjen Malaysia," katanya.
Iklan
"Selepas tamat acara pingat gangsa, pihak penganjur memberitahu bahawa saya merupakan pingat yang paling banyak dalam Sukan Komanwel, ia merupakan satu penghargaan bagi saya.
"Beraksi dalam acara seterusnya bersama Emma Firyana Saroji, kemenangan yang diperoleh ini akan dijadikan pembakar semangat dalam usaha untuk meraih kejayaan yang tinggi selepas ini."
Must-Watch Video